A- A A+

Pilihan Bahasa

Fungsi

Tribunal Rayuan Persaingan adalah satu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan dengan bidang kuasa eksklusif untuk mengkaji semula apa-apa keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia di bawah seksyen 35, 39 dan 40 Akta Persaingan 2010. Dalam erti kata lain, fungsi utama Tribunal ialah mendengar rayuan daripada mana-mana pihak terhadap keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

Akta Persaingan 2010 memperuntukkan bahawa seseorang yang terkilan atau yang kepentingannya tersentuh oleh suatu keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia di bawah seksyen 35, 39 atau 40 boleh merayu kepada Tribunal dengan memfailkan suatu notis rayuan kepada Tribunal dalam tempoh tiga puluh hari (30) dari tarikh keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia tersebut.

Tiap-tiap prosiding Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah didengar dan dibereskan oleh tiga orang anggota Tribunal atau apa-apa bilangan ganjil yang lebih besar sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden.
Tribunal Rayuan Persaingan boleh mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang menjadi hal bagi rayuan itu, atau mana-mana bahagiannya, dan boleh—
  • meremitkan perkara itu kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia;
  • mengenakan atau membatalkan, atau mengubah amaun, suatu penalti kewangan;
  • memberikan apa-apa arahan, atau mengambil apa-apa langkah lain sebagaimana yang boleh diberikan atau diambil oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia sendiri; atau
  • membuat apa-apa keputusan lain yang boleh dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia sendiri.

Pautan

Portal Rasmi KPDNKK    |  MyGovernment MAMPU  |   MyCC   |   Kehakiman