A- A A+

Pilihan Bahasa

Objektif

Tribunal Rayuan Persaingan bertekad untuk memberi keadilan kepada setiap pihak yang terlibat dalam rayuan di hadapannya. Perkara ini boleh dilihat melalui keanggotaan Tribunal di mana anggota-anggotanya terdiri daripada personaliti yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang undang-undang, perdagangan, ekonomi, perakaunan dan hal ehwal pengguna.

Keputusan Tribunal Rayuan Persaingan, tentang apa-apa perkara, hendaklah diputuskan mengikut majoriti anggota panel pendengaran sesuatu rayuan tersebut.

Suatu keputusan Tribunal Rayuan Persaingan adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak kepada rayuan itu.

Suatu keputusan yang diberikan oleh Tribunal Rayuan Persaingan boleh, dengan kebenaran Mahkamah Tinggi, dikuatkuasakan dengan cara yang sama seperti suatu penghakiman atau perintah yang mempunyai kesan yang sama, dan jika kebenaran diberikan sedemikian, penghakiman boleh dimasukkan mengikut terma keputusan itu.

 

Pautan

Portal Rasmi KPDNKK    |  MyGovernment MAMPU  |   MyCC   |   Kehakiman