A- A A+

Pilihan Bahasa

  • selamatdatang

Pengenalan

Tribunal Rayuan Persaingan adalah satu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah seksyen 44 Akta Persaingan 2010 yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.

Tribunal Rayuan Persaingan dianggotai oleh seorang Presiden dan antara tujuh (7) hingga dua puluh (20) anggota lain yang dilantik oleh Perdana Menteri atas syor Menteri.

Presiden Tribunal Rayuan Persaingan dilantik daripada seorang Hakim Mahkamah Tinggi manakala anggota-anggotanya pula adalah orang yang mempunyai kepakaran yang berkaitan dalam perindustrian, perdagangan, ekonomi, undang-undang, perakaunan, atau hal-ehwal pengguna. Tempoh perlantikan bagi Presiden dan anggota adalah tidak melebihi enam tahun(6).

Senarai Presiden dan anggota-anggota Tribunal Rayuan Persaingan adalah seperti berikut:

  1. (Presiden);
  2. YBhg Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot;
  3. YBhg Tan Sri Dr.Rahmat Bivi binti Yusoff;
  4. YBhg Dato’ Seri Azhar @ Izhar bin Haji Ma’ah;
  5. YBhg Dato’ Bentara Luar Dato’ Haji Hashim bin Dato’ Haji Yusof;
  6. YBhg Datuk Seri Dr. Victor Wee Eng Lye;
  7. YBhg Dato' Asmabi binti Mohamad ;
  8. YBhg Datuk Dr. Pang Teck Wai;
  9. YBhg Datuk Merlyn Kasimir; 
  10. YBrs Profesor Madya Dr Wan Liza binti Md Amin @ Fahmy; dan
  11. Encik Mohd Rafee Mohamed; 

Tribunal Rayuan Persaingan ditadbir oleh seorang Setiausaha yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 50 Akta Persaingan 2010.

Pautan

Portal Rasmi KPDNKK    |  MyGovernment MAMPU  |   MyCC   |   Kehakiman